Posting ini adalah berdasarkan best practice daripada pengalaman owner-owner SR GT sebelum ini. Walaupun user manual mungkin ada cadangan tersendiri, kebanyakan owner memilih untuk menukar belt pada 15,000KM. Ini kerana ramai yang mengalami masalah belt putus antara 15,000-20,000KM.
Namun begitu, servis berkala CVT dan pemeriksaan belt sangat penting. Anda disarankan untuk melakukan servis berkala CVT setiap 5,000KM bagi memastikan kondisi optimum.