Motor overheat adalah isu biasa bagi model Aprilia SR GT secara global, termasuk di Malaysia, terutamanya bagi batch 2022 dan 2023. Walaupun tiada penjelasan rasmi dari Aprilia HQ, pihak distributor Aprilia dan Piaggio Malaysia sangat bertanggungjawab dan profesional dalam membantu menyelesaikan isu ini.
Simtom:
- Motosikal terasa terhad, walaupun di bawah 9.5k RPM.
- Bar suhu melebihi 5 bar semasa bergerak, berkelip semasa berhenti (dengan start/stop dimatikan).
- Coolant terpercik di sekitar enjin dan di atas tanah.
Langkah-langkah jika motor anda overheat:
- Rakam video suhu motor yang sedang blinking – pastikan suhu yang naik direkodkan.
- Pastikan no plat motor anda jelas kelihatan dalam video.
- Hantar video ke Motoplex atau dealership anda dan buat appointment untuk servis pembaikan.
- Hantar motor untuk penukaran parts seperti blok, kepala, dan coolant jika diperlukan.
- Uji motor anda sebelum bawa pulang untuk memastikan masalah telah diselesaikan.